Wikipedia Bahasa Melayu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Wikipedia bahasa Melayu ditulis dalam aksara Jawi.
Wikipedia bahasa Melayu ditulis dalam aksara Jawi.
Wikipedia Bahasa Melayu
ويكيڤيديا بهاس ملايو
Logo Wikipedia bahasa Melayu
URL ms.wikipedia.org
Komersial? Tiada
Jenis tapak web Projek ensiklopedia internet
Pendaftaran Pilihan
Bahasa yang disediakan Malaysia
Pemilik Wikimedia
Wikipedia
Bahasa Melayu

ويكيڤيديا بهاس ملايو
Wikipedia-logo-v2-ms.png
Logo Wikipedia Bahasa Melayu
Bermula pada Mei 2003
Jumlah rencana 134,164 *
Jumlah laman 287,071 *
Jumlah fail 12,968 *
Pengguna berdaftar 92,891 *
Penyelia 16 *

ms.wikipedia.org
* per 24 Mei 2012

Wikipedia Bahasa Melayu (ويكيڤيديا بهاس ملايو), sering kali disingkatkan sebagai mswiki, versi bahasa Melayu ensiklopedia bebas dalam talian, Wikipedia. Penciptaannya dipohon oleh Imran William Smith[1] dan sistem diaktifkan pada 26 Oktober 2002[2] oleh pentadbir Wikipedia, Brion VIBBER.[3].

Isi kandungan

[sunting] Sejarah

Tahun 2012, genap 10 tahun Wikipedia bahasa Melayu terus menghidangkan pelbagai variasi rencana dari pelbagai bidang akademik untuk semua lapisan masyarakat. Terima kasih kepada para penyunting, penyumbang dan pelanggan yang terus menjayakan misi Wikipedia untuk menyediakan ensiklopedia bebas, berkualiti dan percuma demi mewujudkan generasi berilmu dan berpengetahuan. Tahniah dan selamat maju jaya!.

Pada 20 Februari 2003, pengguna Sharuzzaman telah muncul dan menjadi pengguna tempatan berdaftar pertama yang menyunting Wikipedia ini. Pada peringkat awal, laman Wikipedia Bahasa Melayu terbiar disebabkan tiada penutur Melayu yang aktif. Laman Utama Wikipedia Bahasa Melayu menjadi tempat persinggahan untuk meletakkan pautan "antara-wiki" yang lain.

Laman pertama yang wujud (selain laman utama) adalah laman Main Page to yang dicipta pada 28 Januari 2003. Kemudian, muncul pula laman Bahasa Melayu pada 30 Mei 2003,[4] Air pada 5 Julai tahun sama[5] dan laman Wikipedia pada 3 Jun 2003[6] sebagai perintis kepada kemunculan laman-laman rencana baru yang lain. Sehingga Mei 2012 Wikipedia versi bahasa Melayu ini telah mencapai 134,164 rencana.

Daftar laman rencana terawal (bukan laman pentadbiran) mula dicipta bermula pada 16 September 2003, boleh dilihat di pautan laman silam.

Perkembangan Wikipedia Bahasa Melayu sejak dari awal diaktifkan hinggalah Disember 2008

Statistik laman bahasa Melayu boleh dilhat di sini.

[sunting] Perubahan Laman Utama

Laman Utama Wikipedia Bahasa Melayu yang asal semasa baru dibuka hanya mengandungi tiga baris teks polos. Laman tersebut hanya direka bentuk supaya menggunakan unsur-unsur HTML dan penggayaan menggunakan CSS pada 14 Oktober 2003 oleh Yosri.[7] Warna-warna yang digunakan oleh Yosri pada ketika itu sehingga kini menjadi asas kepada warna kotak-kotak di Laman Utama.

Semenjak itu telah beberapa kali ditukar reka bentuk melalui perbincangan, dan laman paling terkini ialah laman yang telah diputuskan pada 14 Januari 2011 dan telah dipakai pada 20 Januari 2011.[8]. Terdapat beberapa permohonan dibuat untuk menukar reka bentuk laman utama, namun permohonan-permohonan tersebut ditolak kerana tidak disetujui oleh Wikipediawan lain. Pada awal Julai 2010 pula, kulit lalai Wikipedia ditukar daripada Monobook kepada Vector.

[sunting] Galeri

[sunting] Lihat juga

[sunting] Rujukan

  1. Open content encyclopedia ... Wikipedia ... in Malay Permohonan Wikipedia Bahasa Melayu Oleh Imran William Smith
  2. Laman Utama ketika ia diaktifkan
  3. Sumbangan Brion VIBBER
  4. Suntingan terawal rencana Bahasa Melayu oleh pengguna tak berdaftar.
  5. Suntingan terawal rencana Air, oleh Piolifax
  6. Suntingan terawal rencana Wikipedia oleh pengguna tak berdaftar.
  7. Semakan ketika Laman Utama mula menggunakan HTML dan CSS.
  8. Laman perbincangan Laman Utama, "Perubahan dan cadangan perubahan". 14 Januari 2011. Dicapai pada 2011-10-20.



Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.
Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain

Polecamy: Pozycjonowanie, wózki dziecięce, Kino domowe, Viagra, Kredyty